Chenta Nenek Moden
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Cinta Monyet Cinta Remaja
Friday, May 13, 2011 @ 10:21 PM | 0 Comment [s]

Siapa tak pernah rasa cinta monyet? Cinta ala ala remaja yang tak boleh berfikiran matang lagi. Biasalah tu kalau orang semua bercinta. Semua rasa indah belaka. Kalau yang pahit tu pun rasa manis je. Kalau orang cakap orang tu tak suai dengan kita pun, tapi still kita akan buat taktahu je dengan orang yang cakap dan mempertahankan kekasih hati kita. BetooOool tak? Jangan nipu ok.

Kalau sehari tak jumpa memang tak sah. Lagi-lagi kalau sehari tu tak message rasa cam hidup tu tak beerti je. Kalau boleh nak mesej setiap masa, setiap minit malahan setiap saat je. Kadang-kadang tu sampai tak cukup letak dekat screen laptop gambar kekasih hati, wajib jugak nak letak kat wallpaper handphone. Haih T____T (tersenyum bila tulis ni ha)

Lelaki pulak sebelum nak mintak couple, ayat memang sangat manis. Semuanya tersusun rapi. Kadang-kadang tu ada yang sampai tulis dulu ayat sebelum nak cakap ngan buah hati. Al-maklumlah takut tersilap cakap. Kalau yang perempuan pulak, perangai dia mesti waktu nak kuar jenjalan, confirm siap taknak lagi lama lah kan. Yelah nak nampak cantik je ;) (okay aku rasa geli geleman lah pulok!)

Tapi bila dah lelama, dah bosan semua. Okay decide clash! Takkesah la yang mana satu akan merana. Yang perempuan pulak akan rasa down gila. Biasalah tu. Perempuan hati lembut beb! Yang laki masih dengan ego taknak ngaku kalah. Konon lepas tu, "okay lepas ni kite kawan macam biasalah. Tak semestinye kita putus tak boleh kawan kan?" (okay nak gelak pepuas!) Ayat tu selalu lah diungkapkan takkesah lah dari mulut laki atau perempuan.

Ha lagi satu, bila perempuan atau laki tu tak layan girlfriend/ boyfriend dia mula lah sang perempuan atau lelaki cari lain. Okay, ni buat aku muak. Konon kalau awal-awal dulu " boleh setia tak kisah lah nanti awak dah ada orang lain semua.." Tapi kau orang boleh kenal jenis manusia tu bila kau orang tak layan dia dalam 1 atau dua bulan. Cuba lah buat! ;)

Wahai kaum gadis (gadis ha amek kau), percayalah kalau waktu sekarang ( macam sekolah lagi ni ) kalaulah ada laki yang nak couple ngan kita, percayalah ada niat disebaliknya. Bila mereka dah dapat apa yang mereka nak, mereka akan tinggalkan kau orang punyalah. Apa yang mereka nak? Ok aku bagi klu, untuk puaskan *A*S* dorang. Tanya diri korang balik.




P/S:Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

   Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

   Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

   Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap  begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.



Wahai kaum gadis aku,JANGAN KITA MUDAH JATUH CINTA.Okay,nie je aku dapat kongsi;)


|naseb akue tak penah bercinta,hehe|


Older Post | Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.

Entry Profile Stuff Links



Tagboard

Round of applause
Template by : Nur | Izzati
Re-edit by :Zakirah Zainal
Header by :Zakirah Zainal
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping